? ??????????????Sunset City? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??59 Grabs Today. 1294 Total Grabs. ???
???Get the Code?? ?? ?????Colors Collide? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??55 Grabs Today. 972 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy t CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday 25 May 2009

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

1. model

Terdapat tiga model kajian tindakan iaitu model kajian tindakan teknikal, model kajian tindakan paktikal dan model kajian tindakan bebas.

  1. Model kajian tindakan teknikal

Model kajian tindakan teknikal melibatkan pengkaji utama mengenalpasti permasalahan kajian dan melakukan penyelesaian. Pengamal akan terlibat dalam melaksanakan penyelesaian.

2. Model kajian tindakan paktikal

Model kajian tindakan praktikal pula memerlukan pengkaji mengenalpasti masalah kajian dan mencari sebab dan langkah penyelesaian yg munasabah.

3. Model kajian tindakan bebas

Model kajian tindakan bebas pula melihatkan pengkaji bekerja bersama-sama dalam satu kumpulan dan mengenalpasti masalah dan langkah penyelesaian secara bersama-sama.

Pendekatan kajian tindakan kajian boleh memberikan sumbangan positif kepada aktiviti sektor kelas ketiga yang berkaitan isu kualiti pengajaran (Riding, Fowell&Levy,1995). Ini adalah satu langkah untuk melahirkan pengetahuan di peringkat lebih tinggi dalam pembelajaran dan pengajaran seterusnya membekal langkah untuk memperbaiki pengajaran. Kajian tindakan mengambil kira pelbagai aspek. Namun prinsip asas kajian pembelajaran bermula dengan mengenalpasti masalah, merancang tindakan, perlaksanaan, pengiraan dan hasilnya akan berterusan dalam cara mengikut putaran. Kajian tindakan juga boleh dikonsepkan sebagai proses pembelajaran yang mana pengkaji belajar dan menghasilkan pengetahuan dengan menggunakan secara kritis tindakan dan pengalaman mereka sendiri. Oleh itu, ini akan membawa kepada pengstrukturan semula konsep-konsep baru dan mempraktikkannya dalam situasi-situasi baru.

2. sampel

Pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mengambil matapelajaran Biologi, Kimia dan Fizik

3. Seting dan Metodologi Kajian

Dalam buku ini, penulis telah membuat contoh untuk mata pelajaran Biologi, Kimia dan Fizik. Beliau telah memilih tajuk yang dirasakan sesuai untuk melakukan aktiviti bagi kajian tindakan supaya lebih mudah difahami dan diminati oleh pelajar. Penulis telah merancang untuk mengadakan perbincangan untuk mengajar topik tersebut dan melakar aktiviti yang akan dijalankan. penulis membuat tiga kitaran kajian tindakan. Dalam setiap kitaran penulis menggunakah langkah-langkah kajian iaitu :

i) Merancang apa aktiviti yang ingin dilakukan untuk topik tersebut
ii) Melakukan tindakan dan perlaksanaan
iii) Membuat pemerhatian
iv) Membuat Refleksi
v) Membuat penambahbaikan hasil daripada refleksi
vi) Analisis keseluruhan

di dalam kajian tindakan beliau dalam subjek fizik, saya rasakan ia amat sesuai untuk dikaitkan dengan pendidikan islam di bawah tajuk sirah, dimana boleh menggunakan kaedah yang sama untuk mengigat perkataan yang penting.

BAB 8 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENGAJARAN FIZIK

TOPIK : INERSIA

KITARAN KAJIAN TINDAKAN PERTAMA

PERANCANGAN
Saya akan menggunakan konsep ‘tulis dan cakap’ dan memberikan nota berkaitan inersia.

TINDAKAN
Saya mula mengajar topik tersebut secara lisan dengan memeperkenalkan contoh contoh inersia dan mengedarkan nota berkaitan definisi dan contoh inersia.

PEMERHATIAN
Hal ini menyusahkan pelajar kerana mereka perlu menghafal definisi tanpa memahami sepenuhnya maksud dan perkaitannya dengan kehidupan seharian.

REFLEKSI
Pendekatan ini adalah tidak sesuai untuk konsep abstrak.

ANALISIS KITARAN PENGAJARAN PERTAMA
Silibus dapat disiapkan tepat pada masanya.
nota yang diberikan kepada pelajar adalah untuk mereka belajar dan menghafal bagi tujuan peperiksaan.

KITARAN KAJIAN TINDAKAN KEDUA

PERANCANGAN
Saya akan menggunakan senario sebenar untuk menerangkan perkaitan antara jisim dan inersia.

TINDAKAN
Saya membawa satu senario gajah dan tikus. Jika kedua dua haiwan ini terlibat dalam perlumbaan, haiwan manakah yang akan memulakan perlumbaan dengan mudah dan haiwan makanah akan menghadapi kesukaran untuk berhenti di garisan penamat.

PEMERHATIAN
Pelajar mendapati contoh ini sebagai menarik. Walau bagaimanapun mereka tidak mampu untuk membayangkan keadaan sebenar senario tersebut.

REFLEKSI
Walaupun pendekatan ini kelihatan menarik bagi pelajar, mereka kelihatan tidak memahami dengan mendalam perkaitan jisim terhadap inersia.



ANALISIS BAGI KITARAN PENGAJARAN KEDUA
Tidak semua pelajar mampu memahami konsep inersia.
Guru berjaya menyelesaikan penerangan terhadap inersia dalam tempoh yang ditetapkan.
Aktiviti tanpa aktiviti lanjutan untuk memahami konsep tersebut.

KITARAN KAJIAN TINDAKAN KETIGA

PERANCANGAN
Saya merancang untuk menggunakan persembahan multimedia dari perisian Power Point.

TINDAKAN
Saya memulakan perbincangan mengenai konsep inersia diikuti dengan persembahan video sebiji telur yang dijatukan pada ketinggian 3 kaki keatas permukaan berkapet. Prosedur yang sama dilakukan dengan menjatuhkan sebiji telur keatas permukan simen pada ketinggian yang sama.

PEMERHATIAN.
Pelajar mendapati hal ini menarik tetapi masih tidak dapat menangkap perkaitan antara inersia dan daya impulse.

REFLEKSI
Pendekatan ini walaupun merangsang minat dan pehaman pelajar, ianya masih tidak cukup untuk memberikan pemahaman yang mendalam kepada konsep dan perkaitannya denagn konsep konsep yang berlainan.

PERUBAHAN
Aktiviti lanjutan telah direka dengan menggunakan 2 biji telur yang masak dan mentah. Pelajar dikehendaki untuk memutarkan telur tersebut dan melihat perbezaannya. Pelajar tertanya tanya apakah perkaitan antara penggunaan telur dengan konsep inersia.

REFLEKSI
Pelajar berupaya untuk memahami konsep kerana aktiviti tersebut melibatkan pembelajaran eksperimen.

ANALISIS KITARAN KAJIAN KETIGA
Aktiviti tersebut dapat disiapkan dalam dua masa.
2 Pelajar dapat merasai pengalaman secara langsung.

0 comments: