? ??????????????Sunset City? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??59 Grabs Today. 1294 Total Grabs. ???
???Get the Code?? ?? ?????Colors Collide? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??55 Grabs Today. 972 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy t CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday 26 May 2009

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN

Kajian tindakan adalah satu kaedah membentuk persoalan, mengumpul dan menganalisis data dan mereka rancangan yang mana dapat dimanfaatkan oleh para guru.

Ianya boleh dipraktikkan oleh guru, pengetua, kaunselor, atau pemegang amanah yang lain untuk mengumpulkan maklumat berkaitan pengajaran, operasi sekolah dan pengejaran berkesan.

Komponen penting dalam kajian tindakan ini adalah pengkaji memahami maklumat dan kegunaan data berbanding kajian secara tradisional.

Model kajian secara tradisional juga telah membuktikan kegagalan terhadap pengajaran yang mana kurangnya kesesuaian keatas bilik darjah.

secara keseluruhannya, kajian tindakan terbahagi kepada 3 langkah utama.
langkah pertama adalah dengan mengenalpasti topik atau fokus utama.Apabila fokus utama dicapai, persoalan2 kajian akan dikemukakan.

Langkah kedua adalah untuk mengumpul dan menganalisis data.
Langkah ketiga adalah merancang tindakan. Keputusan kajian akan digunakan untuk memperhalusi dan memperbaiki amalan.

JURNAL 3

PENGENALAN.

Kajian ini dilakukan dengan kumpulan empat pesakit yang menghidapi penyakit terminal. Setiap kumpulan dianggotai oleh ahli keluarga, jiran dan rakan2.

Persoalan pertama dalam perjuampaan adalah bagaimana untuk bekerja dalam satu kumpulan untuk mencapai kesihatan yang terbaik bagi setiap pesakit.

Seoarang daripada ahli kumpulan akan mencatatkan rekod bagi setiap perjumpaan.

Kajian tindakan bentuk ini telah memberikan kesan positif kepada perhubungan doktor-pesakit. Pesakit yang menyertai program ini akan mendapat faedah yang banyak.

DEFINISI

Kaedah kajian tindakan penyertaan adalah satu kajian yang memfokuskan kepada memperbaiki kualiti servis dengan cara memproses, dan menyelesaikan masalah.

Kaedah ini berdepan dengan komuniti yang berkongsi minat yang sama walaupun tidak berada di kawasan tempat tinggal yang sama.

Pengkaji bertindak sebagai fasilitator dan peserta sebagai pelajar. Dalam kajian ini, tiada siapa dikira sebagai pakar. Orang luar dan org dalam bekerja bersama sama untuk menyelesaikan masalah.

Pengumpulan data dilakukan dalam bentuk diari peserta, nota lapangan, minit mesyuarat, rakaman perjumpaan, dan persoalan pendapat.

Tahap pertama.
Membina skil bekerja sacara berkumpulan.

Tahap kedua.
Membina dan mengenalpasti permasalahan.

Tahap ketiga.
Tindakan yang datangnya dari percubaan kaedah yang dicadangkan.

Tahap akhir.
Penguasaan. Ianya dicapai apabila mereka berjaya mencapai tahap berjaya menyelesaikan masalah dengan kebolehan diri sendiri.

KAEDAH

Pemilihan peserta.
Empat org pesakit memnubuhkan satu kumpulan yang dianggotai oleh sahabat handai, ahli keluarga terdekat dan jiran.

Kaedah pengumpulan data.
Kesemua perjumpaan di rakam.
Penulis membuat nota lapangan selepas perjumpaan dan menyimpan diari sepanjang tempoh kajian.
Diari tersebut digunakan untuk merekod pemerhatian, komunikasi antara satu sama lain dan pendapat pesakit terhadap penyakit mereka.
Setelah empat perjumapaan, didapati beberapa tema telah dikeluarkan. Tema yang sama dibincang berulang kali tetapi dengan lebih mendalam.

Kaedah analisis data.

Tahap pertama analisis.
Perjumpaan diterjemahkan dari bahasa Tsoga ke bahasa inggeris. Tema dari diari penulis dan 3 temubual dari fasilitator telah dikenalpasti.

Tahap kedua analisis.
Proses interaksi dalam kumpulan dibincangkan.

Tahap ketiga analisis.
Gabungan tema telah digunakan untuk mereka satu model visual yang menerangkan keberkaitan antara tema2 yang berlainan.

Tahap keempat analisis.
Kesimpulan telah dikenalpasti dan perbezaan telah dibuat dengan kajian yang lain.

Kerelevanan, bias dan kebenaran.
Langkah pertama untuk mencari fakta relevan adalah dengan percubaan terhadap kajian fasilitator.
Faktor etnik.
Rakaman telah diterjemahkan oleh peserta yang mengambil bahagian bukan org luar.

HASIL.

Beberapa langkah para doktor yang terlibat didapati sangat membantu untuk membangunkan model kesihatan yang baik pada masa akn datang.
Perlu ada sikap bersiap sedia untuk belajar dari pesakit dengan matlamat untuk mencipta pembangunan diri yang mahir.

Penyertaan aktif dari para pesakit seperti memberi pendapat, memikul tanggungjawab , membuat tindakan untuk menyumbang terhadap kesihatan mereka sendiri, jujur dan bersikap terbuka terhadap konflik yang belum selesai telah memberikan kesan positif dalam diri pesakit.

KESIMPULAN

Kajian tindakan penyertaan ini adalah baik untuk mengkaji kes primer yang berlatar belakangkan tradisi yang mana mempunyai berbezaan besar dan mungkin membawa kesan besar terhadap pesakit dan penjaga.

JURNAL 2.

-Kajian beliau melibatkan 7 bilik darjah, ibubapa, dan para guru dipantau dan ditemubual.

Kajian terhadap aktiviti Malam Bersama Ibubapa membantu sebanyak 83% dalam perhubungan responden untuk membina hubungan yang lebih erat dengan anak mereka. Guru berpendapat aktiviti ini adalah bermanfaat dan seharusnya diteruskan pada masa akan datang.

.- untuk membina satu program sekolah yang melibatkan budaya dan agama majoriti di sekolah. Hal ini adalah untuk menilai bahawa adakah program mereka boleh diterima masyarakat. Potensi kontroversi terhadap isu tersebut adalah sangat tinggi namun maklum balas yang diterima menunjukkan sokongan penuh terhadap program ini untu mengkaji hal berkaitan budaya dan agama dalam bilik darjah.
Oleh itu, kajian tindakan hendaklah dipraktikkan bagi melihat keberkesanan program mereka.

Kajian tindakan bagi jurnal 2 dilakukan dalam persekitaran barat yang sensitif terhadap hal budaya dan keagamaan.

JURNAL 1

Kerajaan mengambil berat akan kepelbagaian etnik dan menyokong kumpulan minoriti. Oleh itu, program pendidikan guru telah dijadikan teori model sebagai teladan, yang mana pelajar akan belajar dari pakar dan mempraktikkan kepakaran mereka dalam amalan masa depan.

China mula melihat inovasi dalam langkah dan teori dalam era baru di segenap lapisan masyarakat untuk menjadikan negara mereka selari dnegan perkembangna global.

Kebanyakan bilik darjah disana mengandungi lebih daripada 80 orang pelajar dengan bimbingan seorang guru. Dan jumlah ini akan berkurangan di peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, mereka diberikan kursus latihan untuk mengaplikansikan kurikulum baru di sana.

Mereka tidak boleh hanya berdiri di hadapan kelas dan memberikan ceramah secara pasif dan mendengar kepada pelajar, pelajar tersebut sendiri hendaklah memenuhi kehendak berdasarkan pengajaran guru.

Hal ini adalah untuk memabantu para pelajar menggunakan bahasa inggeris dengan baik dan betul berbanding dengan hanya mengetahu teori berkaitan subjek tersebut.

China telah memraktikkan beberapalangkah terperinci untuk membantu kajian tindakan.

1.perbezaan peranan dalam organisasi.
- salah seorang adalah ketua jabatan yang berperanan mengetuai jabatan.
- yang berperanan untuk mengawal kualiti pengajaran, kurikulum dan hasil kajian. Mereka diberi kebebasan untuk memilih aktivoti sendiri dengan berkerja sepenuh masa untuk mempromosikan jabatan.

2.Mengaplikasikan kajian tindakan dalam ciri2 kaum cina.
- bertujuan untuk memastikan guru memperkembangkan kreativiti mereka supaya boleh diterima dan bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran.
- Mereka hendaklah mengelak daripada memberikan tanggapan negatif kepada rakyat cina bahawa mereka membawa idea barat yang tidak dapat diterima dalam komuniti sosial China.
- Mereka hendaklah memperbaiki pencapaian pelajar dengan penghormatan dan semangat kepada keluarga dalam membantu pelajar tersebut memahami bahasa inggeris.

3. membina persoalan pendidikan yang berkualiti
- par guru hendaklah mengngemukakan soalan yang dapat membantu pelajar berfikir kearah yang memerlukan mereka mengetahui jawapan.

4. perkembangan pendidikan yang boleh ditanggung.
Hal ini penting agar perkembangan pendidikan di China dapat ditanggung oleh tenaga profesional disana.

5. membina penilaian piawaian pendidikan
Kajian sebelum ini mendapati bahawa ini adalah kunci kepada proses pembangunan pendidikan. Piawaian pendidikan adalah nilai yang perlu dibuktikan dalam perkembangan dan membuktikan pencapaian kami. Kehendak kami tidak tetap dan akan merkembang dari tahun ke tahun.

Monday 25 May 2009

ETIKA KAJIAN TINDAKAN

Diantara etika kajian yang perlu diambil berat oleh pengkaji dalam menjalankan kajian tindakan termasuk juga yang telah saya dapat dari sumber lain:


  1. Mendapat kebenaran terlibih dahulu sebelum merakamkan ape2 dalam bentuk video
  2. Tidak menayangkan secara sewenang-wenangnya apa yang elah dirakamkan sebelum mendapat kebenaran daripada pihak tertentu.

Penilaian Keseluruhan terhadap buku ini

Secara keseluruhan ini adalah mudah difahami bagi setiap orang yang terlibat dalam dunia pendidikan buku ini amat sesuai dijadikan panduan pengajaran kepada bukan sahaja guru sains bahkan guru pendidikan islam, dimana apabila diteliti model yang digunakan oleh penulisan bersesuaian dengan sesetengan tajuk pendidikan Islam.

Senario yang sentiasa berubah ubah dlam bilik darjah di Malaysia, jumlah pelajar yang banyak, dan kehendak memenuhi piawaian peperiksaan memberikan cabaran kepada guru untuk terus kristis terhadap pengajaran. Amalan reflektif ini adalah penting untuk meningkatkan perkembangan diri profesional para guru. Amalan ini hendaklah dilakukan secara berterusan walaupun guru itu berpengalaman atau tidak. Para guru adalah pengkaji bagi amalan mereka sendiri.

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN

Berikutan kajian tindakan ini di buat di sekolah pengesahan rakan sebaya dan pentadbiran sekolah adalah penting kerana ianya berguna untuk mendapat maklumbalas dan komen. Hal ini boleh digunakan untuk memperhalusi dan membuat perubahan terhadap kajian tindakan yang dilakukan. Peralatan yang digunakan dalam kajian hendaklah diuji terlebih dahulu untuk kesahihan serta kebolehpercayaannya.

Bagi menentukan kesahan dalaman, penyelidik boleh mengunakan beberapa kaedah seperti tringulasi, pemeriksaan rakan, semakan rakan, kenyataan pengalaman. Perancangan ke atas reka bentuk sesuatu kajian yang baik akan meningkatkan kesahan sesebuah kajian. Seterusnya sesebuah kajian yang mempunyai kredibiliti yang tinggi akan memastikan kesahan sesebuah kajian.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Dalam tindakan kajian tindakan ini, pengkaji dan pengamal telah mengenalpasti masalah dan cuba untuk mencari langkah penyelesaian. Walaupun percubaan pertama tidak begitu membuahkan hasil, namun jika keadaan bertambah baik, ianya boleh dikira sebagai satu kejayaan. Bagaimana untuk saya memperbaiki pemahaman pelajar terhadap konsep keapungan? Itulah yang perlu saya kenalpasti. Oleh itu, para pengkaji dan pengamal telah memperkenalkan pelan tindakan untuk menerapkan strategi baru. Strategi ini adalah tetap memandangkan ianya perlu mengikut langkah dalam pelan pendidikan sekolah tahunan. Oleh itu, aktiviti yang dirancang untuk bilik darjah hendaklah memberikan contoh dan boleh dilaksanakan. .

ianya akan melibatkan pengumpulan data melalui langkah hasil kajian, gred pencapaian kerja rumah dan temuduga secara rawak dalam bentuk soalan pendek yang boleh diisi dalam portfolio pelajar. Peralatan yang digunakan juga hendaklah diuji terlebih dahulu untuk kesahihan. Diari, jurnal dan buku log yang ditulis oleh pelajar boleh digunakan secara fleksible untuk mengetahui perasaan sebenar pelajar terhadap sesi pembelajaran tersebut. Melalui hal ini, maklumat secara tidak lansung boleh didapati. Pemerhatian bilik darjah boleh divideokan untuk merakam situasi autentik di dalam bilik darjah.

Objektif utama yang perlu diambil perhatian dalam kajian tindakan adalah untuk kekal mengikuti kajian tindakan yang dijalankan semasa setiap kitaran. Ini akan melibatkan pengumpulan data oleh pengkaji, menganalisis dan menginterpretasi data untuk mencari penyelesaian, jawapan, penerangan tentatif untuk kejadian kejadian dan sudah tentu penilaian terhadap keseluruhan prosess. Menilai keseluruhan prosess bermula daripada tahap perancangan, penerapan, pemerhatian dan pangaplikasian. Kesemua diatas kelihatan sedikit kompleks namun ianya sebenarnya boleh dipermudahkan dalam satu jurnal atau buku log.

PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

Adaptasi model kajian tindakan adalah satu teknik kajian tindakan yang mana pengkaji mengenalpasti masalah kajian bersama dan mengemukakan sebab munasabah, permasalahan berkaitan yang tidak dapat diatasi dan mengemukakan penyelesaian yang munasabah untuk digunakan. Teknik kajian tindakan telah dimulakan oleh pengkaji yang lebih berpengalaman untuk menggalakkan amalan yang lebigh berkesan. Sebagai contoh, masalah yang diambil kira apabila seorang murid tidak berjaya memahami konsep kapungan, gerhana bulan dan matahari serta fenomena biasa yang berlaku disekeliling kita. Selepas itu? Pengamal menjangkakan dengan menerangkan konsep manggunakan gambar rajah mudah adalah sudah mencukupi. Tetapi, kerja rumah dan ujian jelas mendapati para pelajar tidak akan dapat mencapai konsep keapungan dan lain lain berdasarkan teknik tersebut. Kemudiaannya pelbagai cadangan diajukan sebelum menilai cara untuk mendedahkan mereka dengan eksperimen dan rangsangan berasaskan komputer.

Kesimpulannya, apabila memikirkan perkara ini, fokus kepada empat perkara utama iaitu :

  1. Apa yang sedang dipraktikkan sekarang?
  2. Apakan yang membuatkan kamu ingin berubah?
  3. Mengapa kamu ingin berubah?
  4. Apa target kamu?

Ini sememangnya berguna bagi pengkaji dan pengamal untuk menyampaikan kerja kepada orang lain.

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

1. model

Terdapat tiga model kajian tindakan iaitu model kajian tindakan teknikal, model kajian tindakan paktikal dan model kajian tindakan bebas.

  1. Model kajian tindakan teknikal

Model kajian tindakan teknikal melibatkan pengkaji utama mengenalpasti permasalahan kajian dan melakukan penyelesaian. Pengamal akan terlibat dalam melaksanakan penyelesaian.

2. Model kajian tindakan paktikal

Model kajian tindakan praktikal pula memerlukan pengkaji mengenalpasti masalah kajian dan mencari sebab dan langkah penyelesaian yg munasabah.

3. Model kajian tindakan bebas

Model kajian tindakan bebas pula melihatkan pengkaji bekerja bersama-sama dalam satu kumpulan dan mengenalpasti masalah dan langkah penyelesaian secara bersama-sama.

Pendekatan kajian tindakan kajian boleh memberikan sumbangan positif kepada aktiviti sektor kelas ketiga yang berkaitan isu kualiti pengajaran (Riding, Fowell&Levy,1995). Ini adalah satu langkah untuk melahirkan pengetahuan di peringkat lebih tinggi dalam pembelajaran dan pengajaran seterusnya membekal langkah untuk memperbaiki pengajaran. Kajian tindakan mengambil kira pelbagai aspek. Namun prinsip asas kajian pembelajaran bermula dengan mengenalpasti masalah, merancang tindakan, perlaksanaan, pengiraan dan hasilnya akan berterusan dalam cara mengikut putaran. Kajian tindakan juga boleh dikonsepkan sebagai proses pembelajaran yang mana pengkaji belajar dan menghasilkan pengetahuan dengan menggunakan secara kritis tindakan dan pengalaman mereka sendiri. Oleh itu, ini akan membawa kepada pengstrukturan semula konsep-konsep baru dan mempraktikkannya dalam situasi-situasi baru.

2. sampel

Pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mengambil matapelajaran Biologi, Kimia dan Fizik

3. Seting dan Metodologi Kajian

Dalam buku ini, penulis telah membuat contoh untuk mata pelajaran Biologi, Kimia dan Fizik. Beliau telah memilih tajuk yang dirasakan sesuai untuk melakukan aktiviti bagi kajian tindakan supaya lebih mudah difahami dan diminati oleh pelajar. Penulis telah merancang untuk mengadakan perbincangan untuk mengajar topik tersebut dan melakar aktiviti yang akan dijalankan. penulis membuat tiga kitaran kajian tindakan. Dalam setiap kitaran penulis menggunakah langkah-langkah kajian iaitu :

i) Merancang apa aktiviti yang ingin dilakukan untuk topik tersebut
ii) Melakukan tindakan dan perlaksanaan
iii) Membuat pemerhatian
iv) Membuat Refleksi
v) Membuat penambahbaikan hasil daripada refleksi
vi) Analisis keseluruhan

di dalam kajian tindakan beliau dalam subjek fizik, saya rasakan ia amat sesuai untuk dikaitkan dengan pendidikan islam di bawah tajuk sirah, dimana boleh menggunakan kaedah yang sama untuk mengigat perkataan yang penting.

BAB 8 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENGAJARAN FIZIK

TOPIK : INERSIA

KITARAN KAJIAN TINDAKAN PERTAMA

PERANCANGAN
Saya akan menggunakan konsep ‘tulis dan cakap’ dan memberikan nota berkaitan inersia.

TINDAKAN
Saya mula mengajar topik tersebut secara lisan dengan memeperkenalkan contoh contoh inersia dan mengedarkan nota berkaitan definisi dan contoh inersia.

PEMERHATIAN
Hal ini menyusahkan pelajar kerana mereka perlu menghafal definisi tanpa memahami sepenuhnya maksud dan perkaitannya dengan kehidupan seharian.

REFLEKSI
Pendekatan ini adalah tidak sesuai untuk konsep abstrak.

ANALISIS KITARAN PENGAJARAN PERTAMA
Silibus dapat disiapkan tepat pada masanya.
nota yang diberikan kepada pelajar adalah untuk mereka belajar dan menghafal bagi tujuan peperiksaan.

KITARAN KAJIAN TINDAKAN KEDUA

PERANCANGAN
Saya akan menggunakan senario sebenar untuk menerangkan perkaitan antara jisim dan inersia.

TINDAKAN
Saya membawa satu senario gajah dan tikus. Jika kedua dua haiwan ini terlibat dalam perlumbaan, haiwan manakah yang akan memulakan perlumbaan dengan mudah dan haiwan makanah akan menghadapi kesukaran untuk berhenti di garisan penamat.

PEMERHATIAN
Pelajar mendapati contoh ini sebagai menarik. Walau bagaimanapun mereka tidak mampu untuk membayangkan keadaan sebenar senario tersebut.

REFLEKSI
Walaupun pendekatan ini kelihatan menarik bagi pelajar, mereka kelihatan tidak memahami dengan mendalam perkaitan jisim terhadap inersia.



ANALISIS BAGI KITARAN PENGAJARAN KEDUA
Tidak semua pelajar mampu memahami konsep inersia.
Guru berjaya menyelesaikan penerangan terhadap inersia dalam tempoh yang ditetapkan.
Aktiviti tanpa aktiviti lanjutan untuk memahami konsep tersebut.

KITARAN KAJIAN TINDAKAN KETIGA

PERANCANGAN
Saya merancang untuk menggunakan persembahan multimedia dari perisian Power Point.

TINDAKAN
Saya memulakan perbincangan mengenai konsep inersia diikuti dengan persembahan video sebiji telur yang dijatukan pada ketinggian 3 kaki keatas permukaan berkapet. Prosedur yang sama dilakukan dengan menjatuhkan sebiji telur keatas permukan simen pada ketinggian yang sama.

PEMERHATIAN.
Pelajar mendapati hal ini menarik tetapi masih tidak dapat menangkap perkaitan antara inersia dan daya impulse.

REFLEKSI
Pendekatan ini walaupun merangsang minat dan pehaman pelajar, ianya masih tidak cukup untuk memberikan pemahaman yang mendalam kepada konsep dan perkaitannya denagn konsep konsep yang berlainan.

PERUBAHAN
Aktiviti lanjutan telah direka dengan menggunakan 2 biji telur yang masak dan mentah. Pelajar dikehendaki untuk memutarkan telur tersebut dan melihat perbezaannya. Pelajar tertanya tanya apakah perkaitan antara penggunaan telur dengan konsep inersia.

REFLEKSI
Pelajar berupaya untuk memahami konsep kerana aktiviti tersebut melibatkan pembelajaran eksperimen.

ANALISIS KITARAN KAJIAN KETIGA
Aktiviti tersebut dapat disiapkan dalam dua masa.
2 Pelajar dapat merasai pengalaman secara langsung.

Sunday 24 May 2009

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Menurut Kurt Lewin, pengasas kajian tindakan menyatakan bahawa kajian tindakan adalah suatu langkah penyiasatan. Kajian telah membuktikan dengan jelas bahawa kajian tindakan berasal dari kajian saintifik (McKernan,1991, p.8). Kesemua aktiviti adalah dirancang dengan teliti dan sistematik menggunakan kaedah yang sahih untuk mengkaji dengan lebih dalam akan sesuatu keadaan (Blaxter, Hughes & Tight, 1996). Kajian tindakan adalah satu bentuk kajian yang mana pengkaji menggunakan kajian pembelajaran mereka sendiri secara sistematik dan mengaplikasikan teknik kajian. Terdapat dua aspek dalam kajian tindakan iaitu; untuk membawa perubahan dan menunjukkan perubahan kepada pengamal (orang yang mahir).

Zuber – Skerritt (1991) telah menggariskan enmpat tema dibawah kajian tindakan : penguasaan peserta; kerjasama melalui penglibatan ; dan perubahan sosial. Kesemua prosess ini hendaklah dilalui dalam satu pelan kitaran kajian tindakan , tindakan, pemerhatian dan penyampaian. Satu kelebihan kajian tindakan berbanding kajian tradisional adalah ianya membolehkan satu jumlah yang fleksible dan para guru dapat merasai kebaikannya untuk melakukan kajian tindakan mikro untuk menyelesaikan isu kritikal yang memerlukan pemerhatian segera. Dengan cara ini, kajian tindakan tidaka akan menjadi satu beban bagi para guru yang sedang mengajar sambil melakukan tugas tugas pentadbiran yang lain.

Bennet(1993) dalam kajiannya berkaitan para graduan dari berlainan daerah mendapati guru yang memiliki pengalaman kajian menegaskan bahawa kajian tindakan mempunyai faedah yang tersendiri dari aspek keyakinan diri, penguasaan dan kerjasama antara rakan sebaya. Mereka lebih bersikap terbuka terhadap cabaran, berpengetahuan dan bersemangat. Inilah yang sangat sangat diperlukan bagi guru pada masa akan datang.

Terdapat pelbagai definisi bagi kajian tindakan tetapi kesemua definisi tersebut berkongsi satu konsep yang sama iaitu, kajian tindakan melibatkan satu penyelidikan yang sistematik yang secara berkumpulan, bekerjasama, mencerminkan diri sendiri, kritis dan diterima oleh peserta dalam penyelidikan (McCutcheon&Jung,1991,p. 148). Ini adalah usaha berkumpulan yang mana dipersetujui oleh semua peserta dalam situasi bilik darjah. Kajian tindakan disasarkan kepada keperluan pengamal pada masalah tertentu dalam pengajaran bilik darjah dan proses pengajaran.

nota : 4

kajian perpustakaan

- sorotan keatas bahan-bahan literiture seperti buku, artikel, jurnal dan laporan seminar.

membanding dan membezakan

- mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau sesuatu peristiwa

menganalisis

- mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memhami sesuatu konsep atau menvari makna yang tersirat.

menilai

- membuat pertimbangan mengenai sesuatu perkara dari segi kelemahan dan kebaikan atau mengukuhkannya perdasarkan penyiasatan

mensintesis

- mengabungkan idea, unsur atau item yang berlainan untuk memberi gambaran menyeluruh dalam bentuk penyertaan.

Saturday 16 May 2009

NOTA : 3

Perubahan dalam pendidikan ;

Perubahan yang berlaku dalam pendidikan tidak dapat dielakkan. Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

Jenis perubahan

Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan

  1. Perubahan ke arah peningkatan
  2. Perubahan strategik organisasi
  3. Perubahan reaktif
  4. Perubahan akibat daripada jangkaan

Perubahan Adalah Kompleks dikaitkan dengan Proses Evolusi dan Revolusi


Perubahan Itu Multidimensi, keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan dan membabitkan 6 dimensi iaitu :

  1. Tujuan Perubahan
  2. Unit Perubahan
  3. Sifat Perubahan
  4. Magnitud Perubahan
  5. Skop Perubahan
  6. Jangkamasa Perubahan

Model-model perubahan

  1. Model penggabungan Roger
  2. Model Kanter
  3. Model Rand
  4. Model Acot

ASSIGMENT : 1

Ulasan buku

Buku ini saya pilih untuk tugasan pertama, ianya berkaitan tentang sains tetapi saya akan kaitkan dengan kajian tindakan mengenai Pendidikan Islam.

Pengarang: Selva Ranee Subramaniam
Terbitan: 2007
Tajuk: Action Research For Exemplary Science Teaching
Negeri Penerbit: Shah Alam
Penerbit: Karisma Publications

NOTA 2

THE ACTION RESEARCH CYCLE

There are four basic steps in the action research cycle:-Plan, act, observe/collect, reflect/review.



Action Research is a form of inquiry conducted by researchers who wish to inform and improve:
· Their practice.
· Their understanding and decision-making in their practice.
· The effect of their practice on the research.These steps are repeated in sequence as work progresses, creating an upw

AKTIVITI 1 : Selepas BIG

Refleksi keatas kelemahan diri

  1. kurang keyakinan untuk melakukan sesuatu.
  2. Kurang kemahiran berkomunikasi.

Penambahbaikan :

  1. Lebih berkeyakinan dalam melakukan semua perkara
  2. Lebih berani dan tidak takut menyahut cabaran.

Matlamat : Ingin menJadi guru yang cemerlang serta dapat menggarap semua nilai positif dalam diri.

Objektif : Membaiki setiap kelemahan diri secara berterusan.

berkeyakinan untuk berhadapan dengan semua

lebih aktif dalam melakukan sesuatu

Langkah-langkah yang diambil :

  1. bersifat volenteer dalam diri
  2. bergiat secara aktif dalam semua aktivit
  3. sentiasa berani untuk bertanya sesuatu
  4. berani untuk mengemukakan idea
  5. berfikiran positif dalam semua keadaan dan hal

pengumpulan data :

  1. melalui kaedah pembacaan secara berterusan
  2. meminta pendapat daripada kawan-kawan dan orang yang lebih pakar
  3. menjadikan seseorang yang hebat sebagai role model

Pemantauan & Penilaian :

  1. Melihat catatan dan semak semula semua aktiviti yang dirancang samada terlaksana atau pun tidak.
  2. Muhasabah diri dan bertanya kepada sahabat serta membuat refleksi·
  3. Mengkaji setiap kelemahan dan kekuatan sesuatu parancangan.
  4. Penilaian yang dilakukan mestilah berterusan.
  5. penilaian dilakukan secara formatif untuk keberkesanan yang maksimum.

Saturday 9 May 2009

AKTIVITI 3
Norsyariah binti Sirun
Nurulhuda binti Rahim
Siti Khairiyah binti Sejo

1. Tidak menepati kehendak
2. Ketidakpuasan
3. Konflik
4. Perbezaan ideologi
5. Pengaruh persekitaran
6. Tidak memenuhi tuntutan
7. Kekangan
8. Perubahan


Cara penyelesaian
1. Kenalpasti setiap tuntutan / kehendak setiap ahli / organisasi.
2. Berbincang dan mencari kata sepakat dalam membuat sesuatu perubahan
3. Melakukan kajian dan perancangan yang teliti sebelum membuat sesuatu perubahan
4. Mewujudakan persefahaman dari segi komunikasi dan interaksi yang jelas
5. Membuat perubahan secara beransur2 bermula dari peringkat bawah
6. Menyediakan garis panduan yang jelas
7. Melihat semua perubahan yang di buat dari sudut positif

JENIS-JENIS

Terdapat empat jenis dalam kajian tindakan antaranya :

1. Kajian Tindakan Individu
Kajian ini dilakukan secara individu dan hanya fokus dalam bilik darjah.

2. Kajian Tindakan Kolaboratif
Kajian yang dilakukan lebih dari 2 orang, samada guru dari bidang yang sama tau lain bidang atau dengan pihak luar.

3. Kajian Tindakan Peringkat Sekolah
Kajian yang memfokuskan isu di sekolah contoh PIBG.

4. Kajian Tindakan Peringkat Daerah
Kajian yang memfokuskan isu diperingkat daerah.

KONSEP


Kajian tindakan merupakan kajian yang dijalankan bagi menangani masalah yang berkaitan dengan aktiviti PnP, dimana ia akan mengenalpasti punca permaslahan dan menyelesaikan atau mengambil tindakan dalam menyelesaikan permasalahan tersebut.

Pengkaji akan cuba menggunakan kaedah atau jalan penyelesaian yang difikirkan sesuai dan seterusnya membuat kesimpulan atau analisis terhadap tindakan yang di ambil. Jika tindakan yang di ambil tidak berkesan pengkaji terpaksa melakukan dan meneruskan kajian tersebut dengan mencari penyelesaian lain.

KAJIAN TINDAKAN

Usaha mengenal pasti secara jelas dan terperinci seterusnya menghasilkan suatu petunjuk penyelesaian yang berterusan yang mampu diaplikasikan bagi sekurang-kurangnya mendapatkan langkah yang releven.

Contoh : Teknik hafalan bagi subjek Bahasa Arab.

Cara penghuraian masalah yang dihadapi semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran memerlukan tindakan segera daripada pengkaji bagi menangani sesuatu permasalahan.

Proses mencari dan memperoleh lagkah2 yang sistematik :
1. Mengumpul data
2. Mengolah
3. Mentafsir data
4. Analisis
5. kesimpulan

MUQADDIMAH

assalamualaikum dan salam sejahtera....

Syukur alhamdulillah saya rafa' kan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat diwujudkan blog bagi subjek kajian tindakan DPLI 2009. blog ini adalah khusus untuk kajian tindakan yang
diselaraskan oleh Dr. siti Fatimah Yassin serta beberapa pensyarah lain iaitu Hajah Halimah Harun, Puan Nor Sakinah Mohamad dan Dr. Mohd. Izham Hamzah.
segala tugasan akan dimuatkan ke dalam blog ini, juga dapat berkongsi ilmu yang ada bersama-sama kawan-kawan DPLI khususnya serta sesiapa yang berminat.

Insyaallah segala tugasan yang diamanah dan dipertanggungjawabkan akan dilaksanakan dengan jayanya.....mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kita semua dan menjadikan diri kita lebih proaktif dalam semua perkara....

Saturday 2 May 2009

AKTIVITI 2 : Refleksi Topik Pengajaran

Ketua kumpulan: Norsyariah binti Sirun
Pencatat: Nurulhuda binti Rahim
Pembentang: Siti Khairiyah binti Sejo

REFLEKSI
Bahagian : Sirah
Tajuk : Masyarakat Arab Jahiliyah

Masalah: Pelajar sukar memahami dan membayangkan tentang kehidupan masyarakat jahiliyah

Matlamat : Supaya pelajar lebih memahami dan menghayati tentang kehidupan masyarakat jahiliyah

Objektif :
Pelajar dapat menghayati sirah.
Pelajar mengetahui dan memahami sejarah masyarakat jahiliyah.

Penambaikan :
1) Guru mengubah cara mengajar daripada cara syarahan kepada cara simulasi.
2) Menunjukkan video dan cerita tentang keadaan masyarakat jahiliyah.
3) Membuat kumpulan dan memberi tugasan mengikut subtopik sosial, ekonomi dan budaya.
4) Menyuruh pelajar melakonkan tentang situasi dan kisah masyarakat arab jahiliyah pada ketika itu.

Kesan: Pelajar lebih memahami dan menghayati sejarah masyarakat jahiliyah.