? ??????????????Sunset City? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??59 Grabs Today. 1294 Total Grabs. ???
???Get the Code?? ?? ?????Colors Collide? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??55 Grabs Today. 972 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy t CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday 26 May 2009

JURNAL 3

PENGENALAN.

Kajian ini dilakukan dengan kumpulan empat pesakit yang menghidapi penyakit terminal. Setiap kumpulan dianggotai oleh ahli keluarga, jiran dan rakan2.

Persoalan pertama dalam perjuampaan adalah bagaimana untuk bekerja dalam satu kumpulan untuk mencapai kesihatan yang terbaik bagi setiap pesakit.

Seoarang daripada ahli kumpulan akan mencatatkan rekod bagi setiap perjumpaan.

Kajian tindakan bentuk ini telah memberikan kesan positif kepada perhubungan doktor-pesakit. Pesakit yang menyertai program ini akan mendapat faedah yang banyak.

DEFINISI

Kaedah kajian tindakan penyertaan adalah satu kajian yang memfokuskan kepada memperbaiki kualiti servis dengan cara memproses, dan menyelesaikan masalah.

Kaedah ini berdepan dengan komuniti yang berkongsi minat yang sama walaupun tidak berada di kawasan tempat tinggal yang sama.

Pengkaji bertindak sebagai fasilitator dan peserta sebagai pelajar. Dalam kajian ini, tiada siapa dikira sebagai pakar. Orang luar dan org dalam bekerja bersama sama untuk menyelesaikan masalah.

Pengumpulan data dilakukan dalam bentuk diari peserta, nota lapangan, minit mesyuarat, rakaman perjumpaan, dan persoalan pendapat.

Tahap pertama.
Membina skil bekerja sacara berkumpulan.

Tahap kedua.
Membina dan mengenalpasti permasalahan.

Tahap ketiga.
Tindakan yang datangnya dari percubaan kaedah yang dicadangkan.

Tahap akhir.
Penguasaan. Ianya dicapai apabila mereka berjaya mencapai tahap berjaya menyelesaikan masalah dengan kebolehan diri sendiri.

KAEDAH

Pemilihan peserta.
Empat org pesakit memnubuhkan satu kumpulan yang dianggotai oleh sahabat handai, ahli keluarga terdekat dan jiran.

Kaedah pengumpulan data.
Kesemua perjumpaan di rakam.
Penulis membuat nota lapangan selepas perjumpaan dan menyimpan diari sepanjang tempoh kajian.
Diari tersebut digunakan untuk merekod pemerhatian, komunikasi antara satu sama lain dan pendapat pesakit terhadap penyakit mereka.
Setelah empat perjumapaan, didapati beberapa tema telah dikeluarkan. Tema yang sama dibincang berulang kali tetapi dengan lebih mendalam.

Kaedah analisis data.

Tahap pertama analisis.
Perjumpaan diterjemahkan dari bahasa Tsoga ke bahasa inggeris. Tema dari diari penulis dan 3 temubual dari fasilitator telah dikenalpasti.

Tahap kedua analisis.
Proses interaksi dalam kumpulan dibincangkan.

Tahap ketiga analisis.
Gabungan tema telah digunakan untuk mereka satu model visual yang menerangkan keberkaitan antara tema2 yang berlainan.

Tahap keempat analisis.
Kesimpulan telah dikenalpasti dan perbezaan telah dibuat dengan kajian yang lain.

Kerelevanan, bias dan kebenaran.
Langkah pertama untuk mencari fakta relevan adalah dengan percubaan terhadap kajian fasilitator.
Faktor etnik.
Rakaman telah diterjemahkan oleh peserta yang mengambil bahagian bukan org luar.

HASIL.

Beberapa langkah para doktor yang terlibat didapati sangat membantu untuk membangunkan model kesihatan yang baik pada masa akn datang.
Perlu ada sikap bersiap sedia untuk belajar dari pesakit dengan matlamat untuk mencipta pembangunan diri yang mahir.

Penyertaan aktif dari para pesakit seperti memberi pendapat, memikul tanggungjawab , membuat tindakan untuk menyumbang terhadap kesihatan mereka sendiri, jujur dan bersikap terbuka terhadap konflik yang belum selesai telah memberikan kesan positif dalam diri pesakit.

KESIMPULAN

Kajian tindakan penyertaan ini adalah baik untuk mengkaji kes primer yang berlatar belakangkan tradisi yang mana mempunyai berbezaan besar dan mungkin membawa kesan besar terhadap pesakit dan penjaga.

0 comments: