? ??????????????Sunset City? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??59 Grabs Today. 1294 Total Grabs. ???
???Get the Code?? ?? ?????Colors Collide? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??55 Grabs Today. 972 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy t CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday 25 May 2009

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Dalam tindakan kajian tindakan ini, pengkaji dan pengamal telah mengenalpasti masalah dan cuba untuk mencari langkah penyelesaian. Walaupun percubaan pertama tidak begitu membuahkan hasil, namun jika keadaan bertambah baik, ianya boleh dikira sebagai satu kejayaan. Bagaimana untuk saya memperbaiki pemahaman pelajar terhadap konsep keapungan? Itulah yang perlu saya kenalpasti. Oleh itu, para pengkaji dan pengamal telah memperkenalkan pelan tindakan untuk menerapkan strategi baru. Strategi ini adalah tetap memandangkan ianya perlu mengikut langkah dalam pelan pendidikan sekolah tahunan. Oleh itu, aktiviti yang dirancang untuk bilik darjah hendaklah memberikan contoh dan boleh dilaksanakan. .

ianya akan melibatkan pengumpulan data melalui langkah hasil kajian, gred pencapaian kerja rumah dan temuduga secara rawak dalam bentuk soalan pendek yang boleh diisi dalam portfolio pelajar. Peralatan yang digunakan juga hendaklah diuji terlebih dahulu untuk kesahihan. Diari, jurnal dan buku log yang ditulis oleh pelajar boleh digunakan secara fleksible untuk mengetahui perasaan sebenar pelajar terhadap sesi pembelajaran tersebut. Melalui hal ini, maklumat secara tidak lansung boleh didapati. Pemerhatian bilik darjah boleh divideokan untuk merakam situasi autentik di dalam bilik darjah.

Objektif utama yang perlu diambil perhatian dalam kajian tindakan adalah untuk kekal mengikuti kajian tindakan yang dijalankan semasa setiap kitaran. Ini akan melibatkan pengumpulan data oleh pengkaji, menganalisis dan menginterpretasi data untuk mencari penyelesaian, jawapan, penerangan tentatif untuk kejadian kejadian dan sudah tentu penilaian terhadap keseluruhan prosess. Menilai keseluruhan prosess bermula daripada tahap perancangan, penerapan, pemerhatian dan pangaplikasian. Kesemua diatas kelihatan sedikit kompleks namun ianya sebenarnya boleh dipermudahkan dalam satu jurnal atau buku log.

0 comments: