? ??????????????Sunset City? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??59 Grabs Today. 1294 Total Grabs. ???
???Get the Code?? ?? ?????Colors Collide? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??55 Grabs Today. 972 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy t CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Tuesday 26 May 2009

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN

Kajian tindakan adalah satu kaedah membentuk persoalan, mengumpul dan menganalisis data dan mereka rancangan yang mana dapat dimanfaatkan oleh para guru.

Ianya boleh dipraktikkan oleh guru, pengetua, kaunselor, atau pemegang amanah yang lain untuk mengumpulkan maklumat berkaitan pengajaran, operasi sekolah dan pengejaran berkesan.

Komponen penting dalam kajian tindakan ini adalah pengkaji memahami maklumat dan kegunaan data berbanding kajian secara tradisional.

Model kajian secara tradisional juga telah membuktikan kegagalan terhadap pengajaran yang mana kurangnya kesesuaian keatas bilik darjah.

secara keseluruhannya, kajian tindakan terbahagi kepada 3 langkah utama.
langkah pertama adalah dengan mengenalpasti topik atau fokus utama.Apabila fokus utama dicapai, persoalan2 kajian akan dikemukakan.

Langkah kedua adalah untuk mengumpul dan menganalisis data.
Langkah ketiga adalah merancang tindakan. Keputusan kajian akan digunakan untuk memperhalusi dan memperbaiki amalan.

JURNAL 3

PENGENALAN.

Kajian ini dilakukan dengan kumpulan empat pesakit yang menghidapi penyakit terminal. Setiap kumpulan dianggotai oleh ahli keluarga, jiran dan rakan2.

Persoalan pertama dalam perjuampaan adalah bagaimana untuk bekerja dalam satu kumpulan untuk mencapai kesihatan yang terbaik bagi setiap pesakit.

Seoarang daripada ahli kumpulan akan mencatatkan rekod bagi setiap perjumpaan.

Kajian tindakan bentuk ini telah memberikan kesan positif kepada perhubungan doktor-pesakit. Pesakit yang menyertai program ini akan mendapat faedah yang banyak.

DEFINISI

Kaedah kajian tindakan penyertaan adalah satu kajian yang memfokuskan kepada memperbaiki kualiti servis dengan cara memproses, dan menyelesaikan masalah.

Kaedah ini berdepan dengan komuniti yang berkongsi minat yang sama walaupun tidak berada di kawasan tempat tinggal yang sama.

Pengkaji bertindak sebagai fasilitator dan peserta sebagai pelajar. Dalam kajian ini, tiada siapa dikira sebagai pakar. Orang luar dan org dalam bekerja bersama sama untuk menyelesaikan masalah.

Pengumpulan data dilakukan dalam bentuk diari peserta, nota lapangan, minit mesyuarat, rakaman perjumpaan, dan persoalan pendapat.

Tahap pertama.
Membina skil bekerja sacara berkumpulan.

Tahap kedua.
Membina dan mengenalpasti permasalahan.

Tahap ketiga.
Tindakan yang datangnya dari percubaan kaedah yang dicadangkan.

Tahap akhir.
Penguasaan. Ianya dicapai apabila mereka berjaya mencapai tahap berjaya menyelesaikan masalah dengan kebolehan diri sendiri.

KAEDAH

Pemilihan peserta.
Empat org pesakit memnubuhkan satu kumpulan yang dianggotai oleh sahabat handai, ahli keluarga terdekat dan jiran.

Kaedah pengumpulan data.
Kesemua perjumpaan di rakam.
Penulis membuat nota lapangan selepas perjumpaan dan menyimpan diari sepanjang tempoh kajian.
Diari tersebut digunakan untuk merekod pemerhatian, komunikasi antara satu sama lain dan pendapat pesakit terhadap penyakit mereka.
Setelah empat perjumapaan, didapati beberapa tema telah dikeluarkan. Tema yang sama dibincang berulang kali tetapi dengan lebih mendalam.

Kaedah analisis data.

Tahap pertama analisis.
Perjumpaan diterjemahkan dari bahasa Tsoga ke bahasa inggeris. Tema dari diari penulis dan 3 temubual dari fasilitator telah dikenalpasti.

Tahap kedua analisis.
Proses interaksi dalam kumpulan dibincangkan.

Tahap ketiga analisis.
Gabungan tema telah digunakan untuk mereka satu model visual yang menerangkan keberkaitan antara tema2 yang berlainan.

Tahap keempat analisis.
Kesimpulan telah dikenalpasti dan perbezaan telah dibuat dengan kajian yang lain.

Kerelevanan, bias dan kebenaran.
Langkah pertama untuk mencari fakta relevan adalah dengan percubaan terhadap kajian fasilitator.
Faktor etnik.
Rakaman telah diterjemahkan oleh peserta yang mengambil bahagian bukan org luar.

HASIL.

Beberapa langkah para doktor yang terlibat didapati sangat membantu untuk membangunkan model kesihatan yang baik pada masa akn datang.
Perlu ada sikap bersiap sedia untuk belajar dari pesakit dengan matlamat untuk mencipta pembangunan diri yang mahir.

Penyertaan aktif dari para pesakit seperti memberi pendapat, memikul tanggungjawab , membuat tindakan untuk menyumbang terhadap kesihatan mereka sendiri, jujur dan bersikap terbuka terhadap konflik yang belum selesai telah memberikan kesan positif dalam diri pesakit.

KESIMPULAN

Kajian tindakan penyertaan ini adalah baik untuk mengkaji kes primer yang berlatar belakangkan tradisi yang mana mempunyai berbezaan besar dan mungkin membawa kesan besar terhadap pesakit dan penjaga.

JURNAL 2.

-Kajian beliau melibatkan 7 bilik darjah, ibubapa, dan para guru dipantau dan ditemubual.

Kajian terhadap aktiviti Malam Bersama Ibubapa membantu sebanyak 83% dalam perhubungan responden untuk membina hubungan yang lebih erat dengan anak mereka. Guru berpendapat aktiviti ini adalah bermanfaat dan seharusnya diteruskan pada masa akan datang.

.- untuk membina satu program sekolah yang melibatkan budaya dan agama majoriti di sekolah. Hal ini adalah untuk menilai bahawa adakah program mereka boleh diterima masyarakat. Potensi kontroversi terhadap isu tersebut adalah sangat tinggi namun maklum balas yang diterima menunjukkan sokongan penuh terhadap program ini untu mengkaji hal berkaitan budaya dan agama dalam bilik darjah.
Oleh itu, kajian tindakan hendaklah dipraktikkan bagi melihat keberkesanan program mereka.

Kajian tindakan bagi jurnal 2 dilakukan dalam persekitaran barat yang sensitif terhadap hal budaya dan keagamaan.

JURNAL 1

Kerajaan mengambil berat akan kepelbagaian etnik dan menyokong kumpulan minoriti. Oleh itu, program pendidikan guru telah dijadikan teori model sebagai teladan, yang mana pelajar akan belajar dari pakar dan mempraktikkan kepakaran mereka dalam amalan masa depan.

China mula melihat inovasi dalam langkah dan teori dalam era baru di segenap lapisan masyarakat untuk menjadikan negara mereka selari dnegan perkembangna global.

Kebanyakan bilik darjah disana mengandungi lebih daripada 80 orang pelajar dengan bimbingan seorang guru. Dan jumlah ini akan berkurangan di peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, mereka diberikan kursus latihan untuk mengaplikansikan kurikulum baru di sana.

Mereka tidak boleh hanya berdiri di hadapan kelas dan memberikan ceramah secara pasif dan mendengar kepada pelajar, pelajar tersebut sendiri hendaklah memenuhi kehendak berdasarkan pengajaran guru.

Hal ini adalah untuk memabantu para pelajar menggunakan bahasa inggeris dengan baik dan betul berbanding dengan hanya mengetahu teori berkaitan subjek tersebut.

China telah memraktikkan beberapalangkah terperinci untuk membantu kajian tindakan.

1.perbezaan peranan dalam organisasi.
- salah seorang adalah ketua jabatan yang berperanan mengetuai jabatan.
- yang berperanan untuk mengawal kualiti pengajaran, kurikulum dan hasil kajian. Mereka diberi kebebasan untuk memilih aktivoti sendiri dengan berkerja sepenuh masa untuk mempromosikan jabatan.

2.Mengaplikasikan kajian tindakan dalam ciri2 kaum cina.
- bertujuan untuk memastikan guru memperkembangkan kreativiti mereka supaya boleh diterima dan bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran.
- Mereka hendaklah mengelak daripada memberikan tanggapan negatif kepada rakyat cina bahawa mereka membawa idea barat yang tidak dapat diterima dalam komuniti sosial China.
- Mereka hendaklah memperbaiki pencapaian pelajar dengan penghormatan dan semangat kepada keluarga dalam membantu pelajar tersebut memahami bahasa inggeris.

3. membina persoalan pendidikan yang berkualiti
- par guru hendaklah mengngemukakan soalan yang dapat membantu pelajar berfikir kearah yang memerlukan mereka mengetahui jawapan.

4. perkembangan pendidikan yang boleh ditanggung.
Hal ini penting agar perkembangan pendidikan di China dapat ditanggung oleh tenaga profesional disana.

5. membina penilaian piawaian pendidikan
Kajian sebelum ini mendapati bahawa ini adalah kunci kepada proses pembangunan pendidikan. Piawaian pendidikan adalah nilai yang perlu dibuktikan dalam perkembangan dan membuktikan pencapaian kami. Kehendak kami tidak tetap dan akan merkembang dari tahun ke tahun.

Monday 25 May 2009

ETIKA KAJIAN TINDAKAN

Diantara etika kajian yang perlu diambil berat oleh pengkaji dalam menjalankan kajian tindakan termasuk juga yang telah saya dapat dari sumber lain:


  1. Mendapat kebenaran terlibih dahulu sebelum merakamkan ape2 dalam bentuk video
  2. Tidak menayangkan secara sewenang-wenangnya apa yang elah dirakamkan sebelum mendapat kebenaran daripada pihak tertentu.

Penilaian Keseluruhan terhadap buku ini

Secara keseluruhan ini adalah mudah difahami bagi setiap orang yang terlibat dalam dunia pendidikan buku ini amat sesuai dijadikan panduan pengajaran kepada bukan sahaja guru sains bahkan guru pendidikan islam, dimana apabila diteliti model yang digunakan oleh penulisan bersesuaian dengan sesetengan tajuk pendidikan Islam.

Senario yang sentiasa berubah ubah dlam bilik darjah di Malaysia, jumlah pelajar yang banyak, dan kehendak memenuhi piawaian peperiksaan memberikan cabaran kepada guru untuk terus kristis terhadap pengajaran. Amalan reflektif ini adalah penting untuk meningkatkan perkembangan diri profesional para guru. Amalan ini hendaklah dilakukan secara berterusan walaupun guru itu berpengalaman atau tidak. Para guru adalah pengkaji bagi amalan mereka sendiri.

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN

Berikutan kajian tindakan ini di buat di sekolah pengesahan rakan sebaya dan pentadbiran sekolah adalah penting kerana ianya berguna untuk mendapat maklumbalas dan komen. Hal ini boleh digunakan untuk memperhalusi dan membuat perubahan terhadap kajian tindakan yang dilakukan. Peralatan yang digunakan dalam kajian hendaklah diuji terlebih dahulu untuk kesahihan serta kebolehpercayaannya.

Bagi menentukan kesahan dalaman, penyelidik boleh mengunakan beberapa kaedah seperti tringulasi, pemeriksaan rakan, semakan rakan, kenyataan pengalaman. Perancangan ke atas reka bentuk sesuatu kajian yang baik akan meningkatkan kesahan sesebuah kajian. Seterusnya sesebuah kajian yang mempunyai kredibiliti yang tinggi akan memastikan kesahan sesebuah kajian.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

Dalam tindakan kajian tindakan ini, pengkaji dan pengamal telah mengenalpasti masalah dan cuba untuk mencari langkah penyelesaian. Walaupun percubaan pertama tidak begitu membuahkan hasil, namun jika keadaan bertambah baik, ianya boleh dikira sebagai satu kejayaan. Bagaimana untuk saya memperbaiki pemahaman pelajar terhadap konsep keapungan? Itulah yang perlu saya kenalpasti. Oleh itu, para pengkaji dan pengamal telah memperkenalkan pelan tindakan untuk menerapkan strategi baru. Strategi ini adalah tetap memandangkan ianya perlu mengikut langkah dalam pelan pendidikan sekolah tahunan. Oleh itu, aktiviti yang dirancang untuk bilik darjah hendaklah memberikan contoh dan boleh dilaksanakan. .

ianya akan melibatkan pengumpulan data melalui langkah hasil kajian, gred pencapaian kerja rumah dan temuduga secara rawak dalam bentuk soalan pendek yang boleh diisi dalam portfolio pelajar. Peralatan yang digunakan juga hendaklah diuji terlebih dahulu untuk kesahihan. Diari, jurnal dan buku log yang ditulis oleh pelajar boleh digunakan secara fleksible untuk mengetahui perasaan sebenar pelajar terhadap sesi pembelajaran tersebut. Melalui hal ini, maklumat secara tidak lansung boleh didapati. Pemerhatian bilik darjah boleh divideokan untuk merakam situasi autentik di dalam bilik darjah.

Objektif utama yang perlu diambil perhatian dalam kajian tindakan adalah untuk kekal mengikuti kajian tindakan yang dijalankan semasa setiap kitaran. Ini akan melibatkan pengumpulan data oleh pengkaji, menganalisis dan menginterpretasi data untuk mencari penyelesaian, jawapan, penerangan tentatif untuk kejadian kejadian dan sudah tentu penilaian terhadap keseluruhan prosess. Menilai keseluruhan prosess bermula daripada tahap perancangan, penerapan, pemerhatian dan pangaplikasian. Kesemua diatas kelihatan sedikit kompleks namun ianya sebenarnya boleh dipermudahkan dalam satu jurnal atau buku log.