? ??????????????Sunset City? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??59 Grabs Today. 1294 Total Grabs. ???
???Get the Code?? ?? ?????Colors Collide? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??55 Grabs Today. 972 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy t CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Sunday 24 May 2009

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Menurut Kurt Lewin, pengasas kajian tindakan menyatakan bahawa kajian tindakan adalah suatu langkah penyiasatan. Kajian telah membuktikan dengan jelas bahawa kajian tindakan berasal dari kajian saintifik (McKernan,1991, p.8). Kesemua aktiviti adalah dirancang dengan teliti dan sistematik menggunakan kaedah yang sahih untuk mengkaji dengan lebih dalam akan sesuatu keadaan (Blaxter, Hughes & Tight, 1996). Kajian tindakan adalah satu bentuk kajian yang mana pengkaji menggunakan kajian pembelajaran mereka sendiri secara sistematik dan mengaplikasikan teknik kajian. Terdapat dua aspek dalam kajian tindakan iaitu; untuk membawa perubahan dan menunjukkan perubahan kepada pengamal (orang yang mahir).

Zuber – Skerritt (1991) telah menggariskan enmpat tema dibawah kajian tindakan : penguasaan peserta; kerjasama melalui penglibatan ; dan perubahan sosial. Kesemua prosess ini hendaklah dilalui dalam satu pelan kitaran kajian tindakan , tindakan, pemerhatian dan penyampaian. Satu kelebihan kajian tindakan berbanding kajian tradisional adalah ianya membolehkan satu jumlah yang fleksible dan para guru dapat merasai kebaikannya untuk melakukan kajian tindakan mikro untuk menyelesaikan isu kritikal yang memerlukan pemerhatian segera. Dengan cara ini, kajian tindakan tidaka akan menjadi satu beban bagi para guru yang sedang mengajar sambil melakukan tugas tugas pentadbiran yang lain.

Bennet(1993) dalam kajiannya berkaitan para graduan dari berlainan daerah mendapati guru yang memiliki pengalaman kajian menegaskan bahawa kajian tindakan mempunyai faedah yang tersendiri dari aspek keyakinan diri, penguasaan dan kerjasama antara rakan sebaya. Mereka lebih bersikap terbuka terhadap cabaran, berpengetahuan dan bersemangat. Inilah yang sangat sangat diperlukan bagi guru pada masa akan datang.

Terdapat pelbagai definisi bagi kajian tindakan tetapi kesemua definisi tersebut berkongsi satu konsep yang sama iaitu, kajian tindakan melibatkan satu penyelidikan yang sistematik yang secara berkumpulan, bekerjasama, mencerminkan diri sendiri, kritis dan diterima oleh peserta dalam penyelidikan (McCutcheon&Jung,1991,p. 148). Ini adalah usaha berkumpulan yang mana dipersetujui oleh semua peserta dalam situasi bilik darjah. Kajian tindakan disasarkan kepada keperluan pengamal pada masalah tertentu dalam pengajaran bilik darjah dan proses pengajaran.

0 comments: