? ??????????????Sunset City? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??59 Grabs Today. 1294 Total Grabs. ???
???Get the Code?? ?? ?????Colors Collide? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??55 Grabs Today. 972 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy t CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Monday, 25 May 2009

PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

Adaptasi model kajian tindakan adalah satu teknik kajian tindakan yang mana pengkaji mengenalpasti masalah kajian bersama dan mengemukakan sebab munasabah, permasalahan berkaitan yang tidak dapat diatasi dan mengemukakan penyelesaian yang munasabah untuk digunakan. Teknik kajian tindakan telah dimulakan oleh pengkaji yang lebih berpengalaman untuk menggalakkan amalan yang lebigh berkesan. Sebagai contoh, masalah yang diambil kira apabila seorang murid tidak berjaya memahami konsep kapungan, gerhana bulan dan matahari serta fenomena biasa yang berlaku disekeliling kita. Selepas itu? Pengamal menjangkakan dengan menerangkan konsep manggunakan gambar rajah mudah adalah sudah mencukupi. Tetapi, kerja rumah dan ujian jelas mendapati para pelajar tidak akan dapat mencapai konsep keapungan dan lain lain berdasarkan teknik tersebut. Kemudiaannya pelbagai cadangan diajukan sebelum menilai cara untuk mendedahkan mereka dengan eksperimen dan rangsangan berasaskan komputer.

Kesimpulannya, apabila memikirkan perkara ini, fokus kepada empat perkara utama iaitu :

  1. Apa yang sedang dipraktikkan sekarang?
  2. Apakan yang membuatkan kamu ingin berubah?
  3. Mengapa kamu ingin berubah?
  4. Apa target kamu?

Ini sememangnya berguna bagi pengkaji dan pengamal untuk menyampaikan kerja kepada orang lain.

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN

1. model

Terdapat tiga model kajian tindakan iaitu model kajian tindakan teknikal, model kajian tindakan paktikal dan model kajian tindakan bebas.

  1. Model kajian tindakan teknikal

Model kajian tindakan teknikal melibatkan pengkaji utama mengenalpasti permasalahan kajian dan melakukan penyelesaian. Pengamal akan terlibat dalam melaksanakan penyelesaian.

2. Model kajian tindakan paktikal

Model kajian tindakan praktikal pula memerlukan pengkaji mengenalpasti masalah kajian dan mencari sebab dan langkah penyelesaian yg munasabah.

3. Model kajian tindakan bebas

Model kajian tindakan bebas pula melihatkan pengkaji bekerja bersama-sama dalam satu kumpulan dan mengenalpasti masalah dan langkah penyelesaian secara bersama-sama.

Pendekatan kajian tindakan kajian boleh memberikan sumbangan positif kepada aktiviti sektor kelas ketiga yang berkaitan isu kualiti pengajaran (Riding, Fowell&Levy,1995). Ini adalah satu langkah untuk melahirkan pengetahuan di peringkat lebih tinggi dalam pembelajaran dan pengajaran seterusnya membekal langkah untuk memperbaiki pengajaran. Kajian tindakan mengambil kira pelbagai aspek. Namun prinsip asas kajian pembelajaran bermula dengan mengenalpasti masalah, merancang tindakan, perlaksanaan, pengiraan dan hasilnya akan berterusan dalam cara mengikut putaran. Kajian tindakan juga boleh dikonsepkan sebagai proses pembelajaran yang mana pengkaji belajar dan menghasilkan pengetahuan dengan menggunakan secara kritis tindakan dan pengalaman mereka sendiri. Oleh itu, ini akan membawa kepada pengstrukturan semula konsep-konsep baru dan mempraktikkannya dalam situasi-situasi baru.

2. sampel

Pelajar-pelajar tingkatan 5 yang mengambil matapelajaran Biologi, Kimia dan Fizik

3. Seting dan Metodologi Kajian

Dalam buku ini, penulis telah membuat contoh untuk mata pelajaran Biologi, Kimia dan Fizik. Beliau telah memilih tajuk yang dirasakan sesuai untuk melakukan aktiviti bagi kajian tindakan supaya lebih mudah difahami dan diminati oleh pelajar. Penulis telah merancang untuk mengadakan perbincangan untuk mengajar topik tersebut dan melakar aktiviti yang akan dijalankan. penulis membuat tiga kitaran kajian tindakan. Dalam setiap kitaran penulis menggunakah langkah-langkah kajian iaitu :

i) Merancang apa aktiviti yang ingin dilakukan untuk topik tersebut
ii) Melakukan tindakan dan perlaksanaan
iii) Membuat pemerhatian
iv) Membuat Refleksi
v) Membuat penambahbaikan hasil daripada refleksi
vi) Analisis keseluruhan

di dalam kajian tindakan beliau dalam subjek fizik, saya rasakan ia amat sesuai untuk dikaitkan dengan pendidikan islam di bawah tajuk sirah, dimana boleh menggunakan kaedah yang sama untuk mengigat perkataan yang penting.

BAB 8 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENGAJARAN FIZIK

TOPIK : INERSIA

KITARAN KAJIAN TINDAKAN PERTAMA

PERANCANGAN
Saya akan menggunakan konsep ‘tulis dan cakap’ dan memberikan nota berkaitan inersia.

TINDAKAN
Saya mula mengajar topik tersebut secara lisan dengan memeperkenalkan contoh contoh inersia dan mengedarkan nota berkaitan definisi dan contoh inersia.

PEMERHATIAN
Hal ini menyusahkan pelajar kerana mereka perlu menghafal definisi tanpa memahami sepenuhnya maksud dan perkaitannya dengan kehidupan seharian.

REFLEKSI
Pendekatan ini adalah tidak sesuai untuk konsep abstrak.

ANALISIS KITARAN PENGAJARAN PERTAMA
Silibus dapat disiapkan tepat pada masanya.
nota yang diberikan kepada pelajar adalah untuk mereka belajar dan menghafal bagi tujuan peperiksaan.

KITARAN KAJIAN TINDAKAN KEDUA

PERANCANGAN
Saya akan menggunakan senario sebenar untuk menerangkan perkaitan antara jisim dan inersia.

TINDAKAN
Saya membawa satu senario gajah dan tikus. Jika kedua dua haiwan ini terlibat dalam perlumbaan, haiwan manakah yang akan memulakan perlumbaan dengan mudah dan haiwan makanah akan menghadapi kesukaran untuk berhenti di garisan penamat.

PEMERHATIAN
Pelajar mendapati contoh ini sebagai menarik. Walau bagaimanapun mereka tidak mampu untuk membayangkan keadaan sebenar senario tersebut.

REFLEKSI
Walaupun pendekatan ini kelihatan menarik bagi pelajar, mereka kelihatan tidak memahami dengan mendalam perkaitan jisim terhadap inersia.



ANALISIS BAGI KITARAN PENGAJARAN KEDUA
Tidak semua pelajar mampu memahami konsep inersia.
Guru berjaya menyelesaikan penerangan terhadap inersia dalam tempoh yang ditetapkan.
Aktiviti tanpa aktiviti lanjutan untuk memahami konsep tersebut.

KITARAN KAJIAN TINDAKAN KETIGA

PERANCANGAN
Saya merancang untuk menggunakan persembahan multimedia dari perisian Power Point.

TINDAKAN
Saya memulakan perbincangan mengenai konsep inersia diikuti dengan persembahan video sebiji telur yang dijatukan pada ketinggian 3 kaki keatas permukaan berkapet. Prosedur yang sama dilakukan dengan menjatuhkan sebiji telur keatas permukan simen pada ketinggian yang sama.

PEMERHATIAN.
Pelajar mendapati hal ini menarik tetapi masih tidak dapat menangkap perkaitan antara inersia dan daya impulse.

REFLEKSI
Pendekatan ini walaupun merangsang minat dan pehaman pelajar, ianya masih tidak cukup untuk memberikan pemahaman yang mendalam kepada konsep dan perkaitannya denagn konsep konsep yang berlainan.

PERUBAHAN
Aktiviti lanjutan telah direka dengan menggunakan 2 biji telur yang masak dan mentah. Pelajar dikehendaki untuk memutarkan telur tersebut dan melihat perbezaannya. Pelajar tertanya tanya apakah perkaitan antara penggunaan telur dengan konsep inersia.

REFLEKSI
Pelajar berupaya untuk memahami konsep kerana aktiviti tersebut melibatkan pembelajaran eksperimen.

ANALISIS KITARAN KAJIAN KETIGA
Aktiviti tersebut dapat disiapkan dalam dua masa.
2 Pelajar dapat merasai pengalaman secara langsung.

Sunday, 24 May 2009

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Menurut Kurt Lewin, pengasas kajian tindakan menyatakan bahawa kajian tindakan adalah suatu langkah penyiasatan. Kajian telah membuktikan dengan jelas bahawa kajian tindakan berasal dari kajian saintifik (McKernan,1991, p.8). Kesemua aktiviti adalah dirancang dengan teliti dan sistematik menggunakan kaedah yang sahih untuk mengkaji dengan lebih dalam akan sesuatu keadaan (Blaxter, Hughes & Tight, 1996). Kajian tindakan adalah satu bentuk kajian yang mana pengkaji menggunakan kajian pembelajaran mereka sendiri secara sistematik dan mengaplikasikan teknik kajian. Terdapat dua aspek dalam kajian tindakan iaitu; untuk membawa perubahan dan menunjukkan perubahan kepada pengamal (orang yang mahir).

Zuber – Skerritt (1991) telah menggariskan enmpat tema dibawah kajian tindakan : penguasaan peserta; kerjasama melalui penglibatan ; dan perubahan sosial. Kesemua prosess ini hendaklah dilalui dalam satu pelan kitaran kajian tindakan , tindakan, pemerhatian dan penyampaian. Satu kelebihan kajian tindakan berbanding kajian tradisional adalah ianya membolehkan satu jumlah yang fleksible dan para guru dapat merasai kebaikannya untuk melakukan kajian tindakan mikro untuk menyelesaikan isu kritikal yang memerlukan pemerhatian segera. Dengan cara ini, kajian tindakan tidaka akan menjadi satu beban bagi para guru yang sedang mengajar sambil melakukan tugas tugas pentadbiran yang lain.

Bennet(1993) dalam kajiannya berkaitan para graduan dari berlainan daerah mendapati guru yang memiliki pengalaman kajian menegaskan bahawa kajian tindakan mempunyai faedah yang tersendiri dari aspek keyakinan diri, penguasaan dan kerjasama antara rakan sebaya. Mereka lebih bersikap terbuka terhadap cabaran, berpengetahuan dan bersemangat. Inilah yang sangat sangat diperlukan bagi guru pada masa akan datang.

Terdapat pelbagai definisi bagi kajian tindakan tetapi kesemua definisi tersebut berkongsi satu konsep yang sama iaitu, kajian tindakan melibatkan satu penyelidikan yang sistematik yang secara berkumpulan, bekerjasama, mencerminkan diri sendiri, kritis dan diterima oleh peserta dalam penyelidikan (McCutcheon&Jung,1991,p. 148). Ini adalah usaha berkumpulan yang mana dipersetujui oleh semua peserta dalam situasi bilik darjah. Kajian tindakan disasarkan kepada keperluan pengamal pada masalah tertentu dalam pengajaran bilik darjah dan proses pengajaran.

nota : 4

kajian perpustakaan

- sorotan keatas bahan-bahan literiture seperti buku, artikel, jurnal dan laporan seminar.

membanding dan membezakan

- mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau sesuatu peristiwa

menganalisis

- mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil bagi memhami sesuatu konsep atau menvari makna yang tersirat.

menilai

- membuat pertimbangan mengenai sesuatu perkara dari segi kelemahan dan kebaikan atau mengukuhkannya perdasarkan penyiasatan

mensintesis

- mengabungkan idea, unsur atau item yang berlainan untuk memberi gambaran menyeluruh dalam bentuk penyertaan.

Saturday, 16 May 2009

NOTA : 3

Perubahan dalam pendidikan ;

Perubahan yang berlaku dalam pendidikan tidak dapat dielakkan. Menurut Oliver (1996) dalam buku The Management of Educational Change: A Case Study Approach, perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

Jenis perubahan

Mengikut Dessler (1995), terdapat 4 jenis perubahan

  1. Perubahan ke arah peningkatan
  2. Perubahan strategik organisasi
  3. Perubahan reaktif
  4. Perubahan akibat daripada jangkaan

Perubahan Adalah Kompleks dikaitkan dengan Proses Evolusi dan Revolusi


Perubahan Itu Multidimensi, keputusan yang diambil untuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan dan membabitkan 6 dimensi iaitu :

  1. Tujuan Perubahan
  2. Unit Perubahan
  3. Sifat Perubahan
  4. Magnitud Perubahan
  5. Skop Perubahan
  6. Jangkamasa Perubahan

Model-model perubahan

  1. Model penggabungan Roger
  2. Model Kanter
  3. Model Rand
  4. Model Acot

ASSIGMENT : 1

Ulasan buku

Buku ini saya pilih untuk tugasan pertama, ianya berkaitan tentang sains tetapi saya akan kaitkan dengan kajian tindakan mengenai Pendidikan Islam.

Pengarang: Selva Ranee Subramaniam
Terbitan: 2007
Tajuk: Action Research For Exemplary Science Teaching
Negeri Penerbit: Shah Alam
Penerbit: Karisma Publications

NOTA 2

THE ACTION RESEARCH CYCLE

There are four basic steps in the action research cycle:-Plan, act, observe/collect, reflect/review.



Action Research is a form of inquiry conducted by researchers who wish to inform and improve:
· Their practice.
· Their understanding and decision-making in their practice.
· The effect of their practice on the research.These steps are repeated in sequence as work progresses, creating an upw